Sejarah Pendidikan Jasmani

Sejarah Pendidikan Jasmani.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL:

Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka.

Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.

Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan. Masa dan tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat resam suku kaum masing-masing.

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:

Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).

2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).

3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi

pada 480 S.M).

4.Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).

SUKAN OLIMPIK

Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.

Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.

Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

Senaman

Kesihatan: Senaman dan persediaan.

Exercise

Ramai dikalangan kita rajin bersenam, namun ramai juga yang mengalami sakit-sakit badan hanya disebabkan cara dan persediaan senaman kita yang kurang sempurna. Hari ini saya nak kongsi serba sedikit mengenai amalan bersenam yang sihat.

Sebelum memulakan senaman:

sebelum kita memulakan senaman, seeloknya kita pastikan kita telah mengambil makanan dan minuman yang secukupnya, ini penting untuk kita mempunyai tenaga awal yang mencukupi. Memang ramai yang ingin bersenam untuk menurunkan berat badan dan justeru itu mereka tidak ingin mengambil makanan atau minuman yang secukupnya. Ini akan menyebabkan perkara-perkara atau kemalangan yang tidak diingini akan berlaku hanya kerana kita pitam atau sebagainya. Biasakan diri melakukukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti senaman yang penuh. ini penting untuk membolehkan otot-otot badan kita bekerja dalam keadaan yang sihat. Aktiviti pemanasan badan ini perlulah melibatkan pergerakan otot-otot seluruh badan. Contoh alat terbaik untuk aktiviti pemanasan ini adalah Cross Trainer. Lakukan aktiviti pemanasan badan dari 5-10 minit.

Semasa bersenam:

Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan kita melakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat berat yang lebih hanya kerana inginkan keputusan yang cepat, kita akan lebih mudah mengalamai kecederaan dalaman dengan cara ini.

Selepas bersenam:

Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu.Itu adalah kerana ototnya yang telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman. dalam entri seterusnya kita akan bercerita pasal aktiviti regangan yang sesuai…. ;)

Thursday 24 November 2011

hi... welcome to my blog.....

2 comments: